Love Sparkles

Friday, 29 September 2017

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PART I


assalamualaikummmm dan salam sejahtera ... okay guys asyik citer pasal makanan je kan aku ni , okay kali nii aku nk share pasal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ... actually aku dpat idea nk share citer ni sbb hari nii ada forum berkaitan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH kat masjid so aku rase apa kata kalau aku share dengan korang apa yang aku dpat dr forum tu kan ... okay kat bawah ni aku citer serba sedikit yerr ...


IMBAUAN SEJARAH ~

Hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pembebasan Konstantinopal.
Sabda Nabi s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq : "Konstantinopal ( Istanbul hari ini ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

(Hadis Riwayat Ahmad)
Hari ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan tauladan. Semangatnya tidak pernah padam tikamana Nabi s.a.w menyebut kota besar itu akan dibebaskan.

Siapa tahu tikamana umat Islam yang kecil di Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi ummat?

Ibarat kita hari ini yang akan menjatuhkan Amerika Syarikat dan Israel Yahudi yang menjadi kuasa besar, sedang umat sangat kecil dan lemah.

Tapi janji Nabi s.a.w adalah janji yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah dimungkiri oleh Nya.

Kita mesti belajar dari sejarah. Mesti mengambil iktibarnya. Mesti belajar darinya.

"Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. ( Al - Hasyr : 2 )



Potret Sultan Muhammad Al - Fateh




Gambaran ketika usaha menarik kapal melalui bukit sejauh 3 batu.




Replika Sultan Muhammad dalam sebuah muzium.




Salah sebuah potret di sebuah muzium. 




Gambaran peta Teluk Golden Horn. 




Bukit yang ditarah untuk menarik 72 buah kapal. 




Rantai gergasi yang digunakan oleh Byzantine untuk menyekat kapal perang Sultan Al Fateh.




Tembok Byzantine dan meriam diraja yang digunakan oleh Sultan Al Fateh, hasil ciptaan seorang saintis, Urban.




Makam mulia Sultan Muhammad Al Fateh.

menarikkan cerita dia . aku suka baca cerita pasal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH nii . berdasarkan cerita dia kita boleh dpat bnyak pengajaran dan nilai murni . antaranya kita mestilah berfikir selaras dengan perkembangan semasa dan berfikir secara luar kotak ( bak kata pensyarah aku , luar kotak tu biarlah pemikiran yang boleh balik ke kotak balik , jngan merayau jauh2 sngat pemikiran tu ye 😉😂)

Tuesday, 26 September 2017

Resepi kek kit kat dan m&m

Resepi Kek Kit Kat dan M&M



Assalamulaikumm uolls ... Okay ary ni aku nk share resepi kek kit kat dan m&m ... Sape suka chocolate ?? heee actually aku dan coklat sememangnya berpisah setiap kali makan mmg susah nk stop ... Okay stop situ dulu , bawah ni aku share resepi korang follow je step dia . Nk buat kek ni tk susah pun BUT korang kene bnyak bersabar sbb ambik masa skit ... yelah nk tunggu aiskrim tu keras ... Confirm dah makan mesti nk lagi ....



Haaaa nie lah rupa kek tu .. Sedap kan ??



Bahan-bahan:
- KitKat
- Coklat warna warni (M&M, Nips, Skittle)
- Ribbon

Cara-cara (Kek):

  1. Selepas topping kek tu agak sejuk keras sikit, bolehlah lekatkan KitKat dengan kemas di sekeliling kek tu, kemudian ikat bersama riben cantik-cantik.
  2. Taburkan coklat warna warni di atas permukaan kek. Nak sejukkan dalam peti ais dulu pun boleh biar betul-betul kukuh.
  3. Hiasan lain mengikut kreativiti masing-masing.

Cara-cara (Aiskrim):
  1. Jika menggunakan aiskrim pastikan korang ada ring cake tu supaya mudah untuk membentuk dan menanggalkannya. Susun KitKat di sekeling ring cake dan ikat dengan ribbon comel-comel.
  2. Kemudian, masukkan ais krim mengikut perisa yang korang suka, sama ada nak campur atau lapisan demi  lapisan ke. (Nk lgi sedap korang boleh letak apollo yg dah dileperkan dulu pastu baru letak aiskrim.)
  3. Taburkan coklat warna-warni di atas, seterusnya sejukkan lagi di dalam peti ais supaya betul-betul keras sebelum dipotong.





Tadaaaaaa ...siap !!!!!!!!!! yeay dah boleh makan . hehehehe

Saturday, 23 September 2017

Minumann segarrr ♡♡


Yuhuuuuu ... okay guys kali nk aku nak share pasal minuman segarr pulak ... resepi ni mmg best pde aku sbb minuman BERAIS ... hehehe , resepi ni bnyak bantu aku kalau ada tetamu yg istimewa datang rumah ... budak2 suka mak ayah suka aku pun suka . hahahaha


First , resepi minuman berry blow lonic ..



Bahan Minuman Berry Blow Lonic :

  • Buah strawberry 1 buah ( dipotong-potong )
  • Blueberry 10 buah
  • Raspberry 10 buah
  • Gula pasir 3 sendok makan
  • Air suam 200 mililiter
  • Ais secukupnya

Cara Membuat Berry Blow Lonic :

  1. Langkah awal , masukkan buah stowberry , blueberry , raspberry , gula pasir , air , ketulan ais dalam blender .
  2. Seterusnya blend hingga halus , kemudian tuang dalam gelas .
  3. Untuk menambah kesegaran bolehlah tambahkan ais secukupnya .            

Second, resepi sparkling berry


Resepi Sparkling Berry
Bahan membuat minuman dingin segar unik untuk 4 hidangan:
  • 500 gram strawberry
  • 300 gram gula pasir
  • 1 buah limau nipis
  • 4 kaleng air soda
  • 300 ml air
  • Ais secukupnya
Cara membuat minuman dingin segar unik sparkling berry untuk 4 hidangan :
  • Potong strawberry setebal kurang lebih 0.5 cm. Rebus bersama air, gula dan limau nipis hingga mendidih.
  • Kecilkan api lalu biarkan hingga mengental sekitar 20-30 minit, sirup ini boleh disimpan didalam botol lalu dimasukan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti ais ketika tidak diguna
  • Isi gelas masing-masing dengan sekitar 50 ml sirup strawberry lalu tambahkan air soda dan ais
  • Hias dengan strawberry pada pinggir gelas, siap untuk dihidangkan . yeayyyy .


Last, resepi apple cooler
resep apple cooler


Bahan-bahan Apple Cooler :
  • Buah apple = ½ biji 
  • Jus apple = 80 ml 
  • Susu rendah lemak = 50 ml
  • Air gula 50 = ml 
  • Ais = 200 gram 
Cara Membuat Apple Cooler : 
  • Kupas dan cuci apple merah segar, ambil setengahnya saja 
  • Buat dan siapkan jus apple sebanyak 80 ml 
  • Hancurkan ais hingga kecil
  • Siapkan blender 
  • Masukkan semua bahan dalam blender, lalu blender hingga bercampur rata . 
  • Siapkan gelas yg ingin digunakan utk disajikan
  • Masukkan hasil blender 
  • Lebih sedap disajikan dalam keadaan sejuk 
  • Tambah ais lagi bila perlu 
  • Apple cooler siap dihidangkan . yumm yumm .

Resepi grilled steak

assalamualaikummmmm okay ary ni aku nk share pasal resepi grilled steak pulak ...


Resepi Grilled Steak 🍖🍖

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Cucur kentang ayam cheese meleleh

Cucur Kentang Ayam Chesse Meleleh 😋😋
#omm #nakmasakapa
Lain daripada yang lain . Anak-anak yg suka chesse mesti suka . 

Bahan-bahan :
1. 2 cawan tepung
2. 3 biji kentang dipotong dadu
3. 2 keping chesse cheedar
4. Sedikit mozarela cheese
5. 1s/k soda bikbikarbonat
6. 1s/b  susu tepung
7. 1s/t gula
8. 1s/k garam
9. 1s/k serbuk penaik
10. Air suam mengikut citarasa
11. Dada ayam dipotong dadu mengikut citarasa
12. Daun sup utk rasa dan bau yg wangi

Cara-cara membuatnya :
1. Campurkan semua bahan dn gaul sehingga sebati
2. Bancuh dengan air suam dan bancuhan yg sederhana (tak pekat sngat dan tak cair sngat)
3. Dah sebati semua, buatlah jemput-jemput sama ada guna tngan atau sudu (saiz ikut citarasa masing2 lah ye)
4. Goreng dlam minyak yg betul2 panas. Tujuannya supaya jemput2 tak serap minyak dan tak muak bila makan, juga utk elakkan melekat kat kuali sbb letak cheese .

Resepi sya buat smlm

2 cwn tpg jagung
1/2 cwn tpg gndum
1sb serbuk kari
1 sk soda bikarbonat
1sk cukup rasa maggi
Garam
2 sb cili boh.
1 biji telor
4 ulas bwg putih

Cara2:

1.Basuh ayam.
2. Tumbuk 4 ulas bwg putih
3. Perap ayam dgn bwg putih, ckup rasa maggi, garam, cili boh, soda bikarbonat, rempah kari.
Masuk petiais selama 2 jam.

Untuk goreng:
1. Campur tepung, serbuk kari, soda.
2. Celup ayam dalam telur.
3. Slut dengan tepung.
4. Goreng ayam dengan minyak banyak. Ayam kena tenggelam.deep fry.
5. Api sederhana sebab takot dalam dia tak mask.

Rangup diluar, juicy di dlam..mmg sedp

Tuesday, 19 September 2017

Resepi wantan ayam goreng sedap

Resepi Wantan Ayam Goreng Sedap [0-0]

Bahan-bahan resepi wantan ayam
1. 2 Dada ayam dicincang halus
2. 1 s/b Tumix dan sedikit garam
3. 1 s/k Lada putih
4. 1 s/b Tepung jagung
5. Daun saderi (cincang halus2 supaya budak x tak boleh buang)

Cara : Gaul semua bahan .

Image result for wantan ayam goreng

Cara buat resepi wantan ayam :
1. Kulit wantan diletakkan rata dan sapu air keliling 1 cm dari tepi
2. Letakkan bahan tadi ditengah kulit
3. Ambil kulit wantan dari 4 penjuru dan pusing jadi macam sup bunjut. Pastikan inti tak terkeluar
4. Dengan minyak banyak-banyak sampai garing
5. Hidangkan dengan sos cili thai

Image result for wantan ayam goreng

Image result for wantan ayam goreng

*inti boleh gnti dengan udang atau isi ketam

Image result for wantan ayam goreng