Love Sparkles

Tuesday, 26 September 2017

Resepi kek kit kat dan m&m

Resepi Kek Kit Kat dan M&M



Assalamulaikumm uolls ... Okay ary ni aku nk share resepi kek kit kat dan m&m ... Sape suka chocolate ?? heee actually aku dan coklat sememangnya berpisah setiap kali makan mmg susah nk stop ... Okay stop situ dulu , bawah ni aku share resepi korang follow je step dia . Nk buat kek ni tk susah pun BUT korang kene bnyak bersabar sbb ambik masa skit ... yelah nk tunggu aiskrim tu keras ... Confirm dah makan mesti nk lagi ....



Haaaa nie lah rupa kek tu .. Sedap kan ??



Bahan-bahan:
- KitKat
- Coklat warna warni (M&M, Nips, Skittle)
- Ribbon

Cara-cara (Kek):

  1. Selepas topping kek tu agak sejuk keras sikit, bolehlah lekatkan KitKat dengan kemas di sekeliling kek tu, kemudian ikat bersama riben cantik-cantik.
  2. Taburkan coklat warna warni di atas permukaan kek. Nak sejukkan dalam peti ais dulu pun boleh biar betul-betul kukuh.
  3. Hiasan lain mengikut kreativiti masing-masing.

Cara-cara (Aiskrim):
  1. Jika menggunakan aiskrim pastikan korang ada ring cake tu supaya mudah untuk membentuk dan menanggalkannya. Susun KitKat di sekeling ring cake dan ikat dengan ribbon comel-comel.
  2. Kemudian, masukkan ais krim mengikut perisa yang korang suka, sama ada nak campur atau lapisan demi  lapisan ke. (Nk lgi sedap korang boleh letak apollo yg dah dileperkan dulu pastu baru letak aiskrim.)
  3. Taburkan coklat warna-warni di atas, seterusnya sejukkan lagi di dalam peti ais supaya betul-betul keras sebelum dipotong.





Tadaaaaaa ...siap !!!!!!!!!! yeay dah boleh makan . hehehehe

2 comments: