Love Sparkles

Monday, 9 October 2017

NASI AYAM HAINAN (NAH)

Tengahhari nii aku nak belanja resipi nasi ayam.. Tapi nii bukan resipi nasi ayam biasa biasa tauu.. Kali nii RESEPI NASI AYAM HAINAN 😍😍

Untuk ayam : 
🐥 1 ekor ayam
🐥 Halia muda
🐥 Daun bawang
🐥 Sebiji bawang besar di belah 4
🐥 1 sudu minyak bijan

Cara Memasak:
1. Ayam tak perlu potong.. Bersihkan ayam dan lumurkan garam pada ayam.
2. Masukkan halia, daun bawang dan bawang besar dlm ayam.. Rebus dlm periuk yg mana ayam kene tenggelam dlm air. Masak sampai ayam tu betul betul masak lebih kurang 30 min.
3. Selepas ayam masak.. Keluar dan rendam ayam dlm air ais.

UNTUK NASI :
1. guna beras basmathi. Kalau guna kan beras biasa pun boleh. Rendam beras lebih kurang 25 minit lps tu toskan.
2. Tumiskan halia, bawang putih. Masukkan air rebus ayam td. Dah didih baru masuk beras. Letak myk bijan sesudu dan juga daun pandan.

Utk sos cili :
🐥 1 sudu Air perahan limau nipis
🐥 2 sudu air rebusan ayam
🐥 2 sudu kecil gula
🐥 2 sudu besar sos cili
🐥 cili padi sikit
🐥 4 ulas bawang putih
🐥 Garam
***Kisar semua..kemudian masakkan atas api..

Utk sos ayam: 
🐥 1 sudu besar myk bijan
🐥 5 sudu besar sos soya light
🐥 1 1/2 sudu besar gula
🐥 Sedikit sos tiram
🐥 3 sudu besar air rebusan ayam.

***Campur semua.. Boleh lumur pd ayam sebelum di hidang.

Siapp !
Selamat mencuba 🤗🤗
Jangan lupa like, comment dan share tauu 💕💕





seperti biase aku akan share link . hahaha x der lah gurau je . aku dah beljar so meh aku share video terus .




KTW lover's

oklah..hari ni nak kongsi resepi char kuey teow  yang membuatkan air liur menjejes , menitik...yucks...tukar topik...yang super duper sedap la....FYI, aku suka sangat makan char kuey teow ni..tp kena hati2 makan la..sebab kalau makan yg letak udang lama or yang xsegar, memang gatal lah hidung aku alamat nya ! dah lah gatal nk makan pun jadi susah sbb tngan asyik nknmenggaru je kan ! alahan~~~~~  tp tulah ada aku kesah ! janji perut aku kenyang ... makanan pun sedapppp ~~~~



* UTK PASTE *

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE-
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE- 
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

p/s: selamat mencuba, dah jadi jangan lupa gitau! tapi papepun, yg penting jiwa semasa memasak..kalau korang nak adjust ape yg kurang or lebih, pon boleyh..janji sedap...alaaa kira cam try n error la...xcuba xthu kannnnn...




👆 korang boleh tngok kat link ni kalau nk lebih syok ketika memasak yer . aku nk upload video . aku x jumpa pulak video tu . 😅

Tuesday, 3 October 2017

BURGER BAKAR



Resepi dan cara membuat burger bakar

Resepi dan cara membuat burger bakar. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat burger bakar dan cara memasak burger bakar sehingga siap. Resepi dan cara membuat burger bakar ada disini.
.
.
.

Burger Bakar Sebenar

Ok, nak masak burger bakar kena ada bahan-bahan. Jadi bahan-bahannya adalah seperti di bawah:

1. Daging Ayam Kisar / Daging Lembu Kisar*
2. 1 Ulas Bawang Merah dan Bawang Putih Dikisar Berasingan
3. 1 Biji Telur
4. Serbuk Lada Hitam
5. Serbuk Roti / Breadcrumbs**
6. Serbuk Jintan Hitam (Mixed Spice Powder)
7. Garam dan Gula secukupnya

*Satu pek daging kisar 400g boleh buat untuk 4 daging burger

**Jika tiada boleh bakar roti dan kisar guna blander kering


Gaulkan Bahan-bahan Utama

Ok, jom mula – langkah pertama: Satukan segala bahan-bahan tadi secukup rasa dalam satu bekas dan gaulkan.

                   

Bentukkan Daging Burger

Dah siap gaul dah? Ok dah gaul, bentukkan gaulan tadi menjadi bentuk daging burger – buat besar-besar dan leper. Nanti bila dah masak dia akan mengecut.

                    

Bakar Burger

Masukkan dalam peti ais setelah dibentukkan, nanti dalam sejam dua keluarkan dan bakar.

Dah bakar tu, terpulanglah sama ada nak tambah apa dalam burger tadi – cheese, tomato, salad, sos cili, mayonis dan lain-lain. Jangan lupa roti buger – baru nampak jadi burger bakar.

Dah makan tu, syer lah sikit hasil Resepi Burger Bakar kat saya hehe… Selamat mencuba!

Source and citation:
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/07/mengidam-burger-bakar-hasil-air-tangan.html
https://youtu.be/HBaihqq-Bes

Monday, 2 October 2017

AYAM AYAM 🍗🍗

Resepi Kepak Ayam Karamel Pedas

- 7  ketul kepak ayam kerat dua
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar maple syrup
- 1/4 cawan air
- sedikit garam

Cara-cara
1.Basuh bersih kepak ayam dan toskan.
2.Tumbuk bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
3.Panaskan kuali, masukkan butter, apabila butter mula mencair, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4.Masukkan serbuk cili, kacau dgn cepat supaya tak hangit.
5.Masukkan air dan semua jenis sos dan kicap.Kacau sebati.
6.Masukkan pula kepak ayam.
7.Masak sehingga kepak ayam 1/2 masak.
8.Tambahkan gula,madu dan maple syrup. Perisakan dgn sedikit garam.
9.Gaul hingga semua kepak ayam bersalut dgn sosnya. Tutup api.
10.Pindahkan kepak ayam dan sosnya ke dalam pemanggang ajaib.
11.Masak lagi hingga kepak ayam garing. Semasa proses memanggang, balik-balikkan kepak ayam supaya masak sempurna.
12.Angkat dan sedia utk dinikmati.

RED VELVET CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum semua!! jom try resepi awesome ni. 


RESEPI RED VELVET CHEESE BROWNIES SUKATAN CAWAN

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all purpose flour (guna tepung gandum pun boleh)
1 sk garam
2 sb serbuk koko
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb pewarna merah
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (aku guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar (cuka)
1 sk baking soda

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.



okay nnt jd macam nii...

Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.

Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu tunggu kek sejuk.. rata kan cheese.

Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.

BAHAN LAPISAN CHEESE

350g  cream cheese (yg ni badah guna 250g je.. sebab... Hahaha.. x stok cheese ada byk tu je.. ampun)
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A (saya guna gred B)
1 sb jus Lemon

Cara cara:
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.




SELAMAT MENCUBA!!!!

#HAMADACHIP
#HAMADA
#BISKUTCOKLATCHIP

Sunday, 1 October 2017

assalamualaikummmm ... okay hari ni aku nk share resepi baru sebenarnya aku jumpa resepi ni kat facebook ... nmpak sedap sngat pada aku so aku nk try ... alang2 tu aku share terus kat sini ... senang aku nk tngok balik resepi ni kut2 buku yg aku pakai untuk salin resepi x jumpa 😅😅

BAHAN-BAHAN 
Untuk adunan krep:
 1 cawan buah naga puree (kira-kira 2 buah naga, lihat di bawah) 
1 1/2 cawan tepung serba guna 
1/4 cawan gula pasir 
1/2 garam sudu teh 
1 1/2 hingga 2 cawan susu penuh 
4 telur besar 
1 sudu vanila ekstrak 

Semburan masakan Untuk krim disebat: 
8 auns mascarpone, suhu bilik 
1/2 cawan gula pasir 
2 cawan krim berat, sejuk 
1 kacang vanila ARAHAN Naga buah naga 

(Petua: memakai sarung tangan getah akan menghalang tangan daripada menjadi berwarna.) 

1.Potong buah naga memanjang. Menggunakan sudu, keluarkan daging buah naga dan letakkan di pemproses makanan. Ambik isi sehingga buahnya licin. 
2.Tuangkan buah naga td ke dalam penapis dengan mangkuk di bawahnya dan kacau campuran sehingga hanya benih yang tersisa di penapis. Buang benih. (Harus menghasilkan 1 cawan puri buah naga.) 
3. Krim mascarpone disebat Dalam mangkuk pengadun berdiri, tambah mascarpone dan gula. 
4.Campurkan pada kelajuan sederhana sehingga digabungkan, mengikis sisi mangkuk jika perlu. 
5. Seterusnya, tambah krim berat dan kacang vanila. 
6. Campurkan pada kelajuan rendah sehingga krim mula menebal, kemudian meningkatkan kelajuan ke medium tinggi untuk membentuk puncak kaku. (Jangan cambuk atau anda akan membuat mentega.) Adunan krep Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam. 
7. Dalam mangkuk yang berasingan, gabungkan serbuk buah naga, susu, telur dan ekstrak vanila. 
8. Perlahan-lahan tuangkan campuran basah ke dalam campuran kering dan pukul sehingga digabungkan. 
9. Sekiranya terlalu tebal menambah lebih banyak susu. 
10. Coat kuali berkod 6 inci dengan semburan memasak. 
11. Panaskan kuali di atas api sederhana dan tambah 2 hingga 3 sendok makan adunan krep. Cepat pusaran kuali dalam gerakan bulat untuk memastikan adunan menutup bahagian bawah. 
12. Masak krep kira-kira 30 saat pada setiap sisi, atau sehingga tepi kedelai ringan dan tengah kering. 
13. Kitar semula ke plat atau dawai untuk menyejukkan sepenuhnya. Teruskan membuat crepes sehingga semua adunan digunakan. (Sekiranya menghasilkan 30 crepes.) Crepes boleh dilindungi dan disimpan dalam peti sejuk sehingga 1 hari. 
14. Perhimpunan kek Sekali krew telah disejukkan, sudah tiba masanya untuk berhimpun. 
15. Untuk membuat kelebihan bersih, crepes tumpukan antara satu sama lain dan letakkan mangkuk besar di atas.
16. Gunakan pisau paring untuk memotong bentuk bulatan menggunakan mangkuk sebagai panduan anda.
17. Letakkan satu krep pada pinggan hidangan atau berdiri kue diikuti dengan lapisan nipis (kira-kira 1 hingga 2 sudu besar) krim disebat.
18. Teruskan proses lapisan ini sehingga semua crepes digunakan, berakhir dengan krep di atas. 
19. Hiaskan dengan lebih banyak krim disebat, kepingan buah naga, strawberi, bunga yang boleh dimakan, pudina, dan lain-lain Jadilah kreatif!

okay pnjang kan ... x pe aku share link video skali okay 😘😘😘

https://link.tastemade.com/HE7m/Jy57M0HmUG https://link.tastemade.com/HE7m/Jy57M0HmUG

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PART II

okay nii sambungan kisah SULTAN MUHAMNAD AL-FATEH ...

Biodata Ringkas 

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 M di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Sejarah hidup baginda telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut "Sebaik-baik raja" di dalam hadis. Baginda dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel. 

Baginda menaiki tahta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). Baginda merupakan seorang pemimpin dan panglima yang ulung yang memimpin sendiri 25 siri ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout tetapi ada juga yang berpendapat baginda mangkat kerana diracun. 

Pendidikan 
Sultan Muhammad Al-Fateh menerima pendidikan dalam bidang agama melalui gurunya, Syeikh Shamsuddin Al-Wali keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Dalam ilmu peperangan, baginda diajar teknik peperangan seperti strategik, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera baginda. 

Dalam bidang akademik pula, Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Serbia, Bahasa Turki, dan Bahasa Hebrew. 

Dalam bidang ilmu pemerinahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh bersuluk ke Pulau Magnesia dan telah melantik Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 12 menjadi Khalifah dan pada usia semuda itu juga, baginda telah mahir tipu daya musuh. 

Keperibadian
Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa membina Benteng Rumeli Hissari baginda membuka baju dan serban hanya semata-mata untuk mengangkat batu dan pasir tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh ini menjadi ikutan ulama dan menteri untuk turut sama bekerja. Baginda seorang yang tenang, pendiam, berani, sabar, dan tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka perihal permasalahan negara. 

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan timbul masalah siapakah yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya untuk berdiri lantas bertanya,"Siapakah diantara mereka sejak baligh sehingga kini pernah meninggalkan solat fardu walaupun sekali, sila duduk! Tiada seorang pun yang duduk kerana tiada seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardu. 

Baginda bertanya lagi,"Siapakah diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk! Sebahagian tenteranya duduk. 

Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya lagi,"Siapakah diantara kita diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam. Kali ini semuanya duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak baligh. Baginda adalah sebaik-baik raja yang telah disyariatkan oleh Rasullulah saw dalam hadisnya. 

Persiapan Awal membebaskan Konstantinopel 
Selama 2 tahun selepas menaiki tahta Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengkaji pelan Kota Konstantinopel bagi mengenalpasti titik kelemahan dan kekuatannya. Beliau mengkaji sebab-sebab kegagalan peperangan-peperangan yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tentang strategi yang sesuai digunakan. Strategi yang dilancarkan terhadap tentera Rom ini mengandungi strategi daripada peperangan olehRasullulah saw dan Salahuddin Al-Ayyubi kerana dua ikon hebat ini menjadi tempat rujukan yang paling disanjungi oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. 

meriahmuhammadalfateh
Meriah Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan dibina peralatan meriah besar yang termoden yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina ditebing sebelah Eropah lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildrim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memecilkan Konstantinopel apabila diserang nanti. 

Sultan Muhammad Al-Fateh membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang yang bertujuan memberikan motivasi semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera islam bersolat dan melaungkan azan yang memecahkan kesunyian alam. 
tembokkotakonstantinopel
Tembok Kota Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine supaya menyerah diri. Keengganan Raja Byzantine menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung pada 19 April 1453 serangan dimulakan. Kota Konstantinopel dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya telah rosak tetapi tengahnya masih teguh. Tembok Kota Konstantinopel ini mempunyai tiga lapisan, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki  

Menara Bergerak 
Seterusnya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine telah memusnahkan menara bergerak ini setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. 

Pope di Rom menghantar bantuan 5 armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthamiyyah (tentera islam). Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine. Kegembiraan mereka tidak lama. 

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung 
Keesokkannya mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmiyyah di Teluk Perairan Golden Horn. Ini adalah kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui antara peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan barat sendiri. Kapal-kapal ini membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar terkenal bedilan meriam Uthmaniyyah. 

Pertahanan Byzantine semakin lemah. Sultan Muhammad Al-Fateh mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan tentang hadis Rasullulah saw dan berdoa kepada Allah SWT. 

Memanjat dan Melastik Dinding Kota 
Keesokkan paginya tentera islam telah memanjat tembok dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit oleh tentera Byzantine menyebabkan ramai tentera islam yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur tetapi bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari. 

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada saat, yang genting itu baginda berucap untuk menaikkan semangat tenteranya "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengar itu, Hasan Ulubate salah seorang tentera baginda yang mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh sambil mencacak bendera islam disitu. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh. Kemudian, tentera islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar".

Penawanan Kota Konstantinopel 
Pada 29 Mei 1453 Kota Konstantinopel jatuh ke tangan islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (islam keseluruhannya) dan kemudian akhirnya di tukar nama Istanbul. Gereja Besar St.Sophie ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Sultan Muhammad Al-Fateh dengan tawaduk melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberikan gelaran "Al-Fateh" yang bermaksud pembukaatau penakluk lantaran kejayaannya membebaskan Kota Konstantinopel.

Hari ini kita ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan tamadun dan kegemilangan islam kembali. Marilah kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat seperti Kota Konstantinopel ini.  

Sekian.... okay lpas nii kita smbung share resepi balik k . 😁😁

Friday, 29 September 2017

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PART I


assalamualaikummmm dan salam sejahtera ... okay guys asyik citer pasal makanan je kan aku ni , okay kali nii aku nk share pasal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ... actually aku dpat idea nk share citer ni sbb hari nii ada forum berkaitan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH kat masjid so aku rase apa kata kalau aku share dengan korang apa yang aku dpat dr forum tu kan ... okay kat bawah ni aku citer serba sedikit yerr ...


IMBAUAN SEJARAH ~

Hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pembebasan Konstantinopal.
Sabda Nabi s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq : "Konstantinopal ( Istanbul hari ini ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

(Hadis Riwayat Ahmad)
Hari ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan tauladan. Semangatnya tidak pernah padam tikamana Nabi s.a.w menyebut kota besar itu akan dibebaskan.

Siapa tahu tikamana umat Islam yang kecil di Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi ummat?

Ibarat kita hari ini yang akan menjatuhkan Amerika Syarikat dan Israel Yahudi yang menjadi kuasa besar, sedang umat sangat kecil dan lemah.

Tapi janji Nabi s.a.w adalah janji yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah dimungkiri oleh Nya.

Kita mesti belajar dari sejarah. Mesti mengambil iktibarnya. Mesti belajar darinya.

"Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. ( Al - Hasyr : 2 )



Potret Sultan Muhammad Al - Fateh




Gambaran ketika usaha menarik kapal melalui bukit sejauh 3 batu.




Replika Sultan Muhammad dalam sebuah muzium.




Salah sebuah potret di sebuah muzium. 




Gambaran peta Teluk Golden Horn. 




Bukit yang ditarah untuk menarik 72 buah kapal. 




Rantai gergasi yang digunakan oleh Byzantine untuk menyekat kapal perang Sultan Al Fateh.




Tembok Byzantine dan meriam diraja yang digunakan oleh Sultan Al Fateh, hasil ciptaan seorang saintis, Urban.




Makam mulia Sultan Muhammad Al Fateh.

menarikkan cerita dia . aku suka baca cerita pasal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH nii . berdasarkan cerita dia kita boleh dpat bnyak pengajaran dan nilai murni . antaranya kita mestilah berfikir selaras dengan perkembangan semasa dan berfikir secara luar kotak ( bak kata pensyarah aku , luar kotak tu biarlah pemikiran yang boleh balik ke kotak balik , jngan merayau jauh2 sngat pemikiran tu ye 😉😂)

Tuesday, 26 September 2017

Resepi kek kit kat dan m&m

Resepi Kek Kit Kat dan M&M



Assalamulaikumm uolls ... Okay ary ni aku nk share resepi kek kit kat dan m&m ... Sape suka chocolate ?? heee actually aku dan coklat sememangnya berpisah setiap kali makan mmg susah nk stop ... Okay stop situ dulu , bawah ni aku share resepi korang follow je step dia . Nk buat kek ni tk susah pun BUT korang kene bnyak bersabar sbb ambik masa skit ... yelah nk tunggu aiskrim tu keras ... Confirm dah makan mesti nk lagi ....



Haaaa nie lah rupa kek tu .. Sedap kan ??



Bahan-bahan:
- KitKat
- Coklat warna warni (M&M, Nips, Skittle)
- Ribbon

Cara-cara (Kek):

  1. Selepas topping kek tu agak sejuk keras sikit, bolehlah lekatkan KitKat dengan kemas di sekeliling kek tu, kemudian ikat bersama riben cantik-cantik.
  2. Taburkan coklat warna warni di atas permukaan kek. Nak sejukkan dalam peti ais dulu pun boleh biar betul-betul kukuh.
  3. Hiasan lain mengikut kreativiti masing-masing.

Cara-cara (Aiskrim):
  1. Jika menggunakan aiskrim pastikan korang ada ring cake tu supaya mudah untuk membentuk dan menanggalkannya. Susun KitKat di sekeling ring cake dan ikat dengan ribbon comel-comel.
  2. Kemudian, masukkan ais krim mengikut perisa yang korang suka, sama ada nak campur atau lapisan demi  lapisan ke. (Nk lgi sedap korang boleh letak apollo yg dah dileperkan dulu pastu baru letak aiskrim.)
  3. Taburkan coklat warna-warni di atas, seterusnya sejukkan lagi di dalam peti ais supaya betul-betul keras sebelum dipotong.





Tadaaaaaa ...siap !!!!!!!!!! yeay dah boleh makan . hehehehe